PRU15: UMNO Sabah Mahu Pertahan Kesemua Kerusi Asal

KUALA LUMPUR: Kekuatan UMNO di Sabah akan dikembalikan dalam pilihan raya umum yang akan datang, antaranya dengan menyusun strategi memenangi semula kerusi-kerusi asalnya yang kini dimenangi oleh BERSATU, demikian menurut Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Di Sabah kita ada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi apabila parti membuat keputusan untuk kita bertanding maka UMNO tiada pilihan.

“UMNO kena mempertahankan kerusi-kerusi yang ditandingi dan seterusnya akan memperkasakan parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Reaksi Bung menyusul selepas Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kesediaan partinya berdepan dengan UMNO dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak bekerjasama.

Bung, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menambah, UMNO Sabah bersedia berdepan dengan mana-mana pihak untuk berlawan.

Apatah lagi, UMNO Sabah juga sudah ‘cukup dewasa’ dengan pengalamannya  yang pernah menang, pernah kalah dan menang semua.

”Jadi ini bukan satu rintangan yang besar untuk kita semua bertentangan dengan mana-mana parti dalam PRU akan datang,” katanya.

Sehubungan itu beliau turut meminta agar semua jentera parti di semua peringkat untuk sentiasa bersedia menghadapi PRU akan datang.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini