PRU15: Umno Sabah Bincang Agihan Kerusi Dengan Bersatu

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberitahu pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenai agihan kerusi sempena pilihan raya akan datang.

Lebih Baik Jika Kerajaan PN Bubar Parlimen Tanpa Berlengah Seperti Singapura – Tok Mat Hasan

Bung berkata Umno Sabah menyasarkan 14 kerusi untuk ditandingi di negeri itu.

“Kami mempertimbangkan untuk bertanding di 14 kerusi. Jika Bersatu ada calon lain, ia harus membuktikan kemampuannya untuk menang,” katanya memetik temubualnya bersama akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga memberitahu bahawa Umno Sabah akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada pilihan raya.

Malah mereka turut menyokong cadangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengadakan pilihan raya umum bagi menstabilkan keadaan politik negara.

“Pilihan raya kilat adalah baik dan ia dapat memberi mandat kepada kerajaan baharu,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles