PRU15: Penamaan Calon 5 Nov, Hari Mengundi 19 Nov

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh pengundian pada 19 November 2022 manakala undi awal pula 15 November.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan tarikh-tarikh berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat khas pada jam 10 pagi, tadi.

“Penamaan calon diadakan pada 5 November manakala undi awal adalah 15 November,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Pada PRU14 lalu, tempoh berkempen yang ditetapkan ialah selama 11 hari.

Menurutnya lagi, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan pada hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.

Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen.

Abdul Ghani turut mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Sabah.

Dalam sidang media khas yang diadakan selepas mesyuarat tersebut, tarikh penamaan calon diadakan setentak dengan tarikh PRU15.

DUN Bugaya kosong apabila penyandangnya, Allahyarham Manis Muka Mohd Dara sebelum meninggal dunia pada 17 November 2020.

Allahyarham Manis Muka memenangi kerusi DUN Bugaya atas tiket Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan majoriti 6,005 undi menewaskan enam pencabar lain dalam pertandingan tujuh penjuru pada PRN-16 Sabah pada 26 September 2020.

BBerkaitan

Latest articles