PAS, menerusi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu gabungan yang disertai partinya mewujudkan pertandingan satu lawan satu di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.
Malah memetik ciapan di Twitternya malam tadi, Ahli Parlimen Marang itu juga menyokong supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dicalonkan sebagai perdana menteri.
PAS kini menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan selepas menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama Umno, Bersatu dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun baru-baru ini Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa parti itu keluar dari PN dan mahu menumpukan kerjasamanya bersama PAS menerusi Muafakat Nasional (MN).