PRU15 Hanya Selepas Pandemik COVID-19 Berakhir – PM

Selagi belum berakhir pandemik COVID-19, maka tidak ada perancangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), demikian menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana kerajaan tidak mahu pilihan raya berlangsung ketika pandemik masih menular dan kes masih mencatat angka tinggi.

“Jika diizinkan, apabila pandemik berakhir, kita akan adakan pilihan raya umum. Kita kembalikan mandat pada rakyat dan biarlah rakyat pilih kerajaan yang mereka mahu.

“Insya-Allah Perikatan Nasional (PN) akan dipilih semula,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden BERSATU pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU 2020 di sini, hari ini.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini