PRU15: Bersatu T’ganu Setuju PAS Dapat Banyak Kerusi

Pengerusi PPBM Terengganu, Razali Idris memaklumkan parti bersetuju untuk PAS diberikan lebih kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Keputusan itu berdasarkan kemenangan PAS dalam pilihan raya yang lalu, iaitu melebihi 2/3 kerusi yang ditandinginya.

“Di Terengganu saya setuju PAS mendapat kerusi majoriti kerana mereka menang 2/3 dalam pilihan raya lepas. Itu kita tidak boleh nafi, PAS dapat 22 daripada 32 kerusi DUN dan 6 daripada 8 kerusi Parlimen.

“Di peringkat negeri kita belum ada rundingan kerusi lagi cuma secara dasarnya kita setuju PAS dapat lebih kerusi,” katanya kepada memetik laporan FMT.

Razali bagaimanapun berkata Bersatu menyatakan hasrat untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), jika dipersetujui kesemua pihak.

Razali berkata, berdasarkan maklumat daripada perbincangan awal pemimpin parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), setiap kerusi baik Parlimen atau DUN yang dimenangani atau dipunyai PAS, Umno dan PPBM akan dikekalkan, termasuk mereka yang bertukar parti.

Katanya, kaedah rundingan ke-2 juga dicadangkan melalui pertukaran kerusi antara rakan PN.

“Contohnya PAS ada 6 kerusi Parlimen di Terengganu, ia tiada kerusi misalnya di Selangor atau Johor, jadi kalau ia beri 2 di Terengganu, PAS akan dapat balik 2 kerusi di negeri lain. Jadi akan ada timbal balik, begitu juga dengan parti lain.

Sehingga ini, perkara itu masih dalam proses cadangan dan hanya akan dimuktamadkan selepas pemimpin parti yang terlibat membuat persepakatan bersama.

Malah mereka juga akan memastikan tiada pertembungan sesama mereka kelak semasa PRU15.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...