PRU-15 : SAH RONALD TANDING ATAS TIKET PN

BELURAN : Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sha bertanding atas tiket Perikatan Nasional.

Beliau berkata, dia memilih platform itu kerana ia platform terbaik mengangkat aspirasi Beluran ke peringkat nasional.

Menurutnya, parti itu juga ada di negeri dan pastinya kelak memudahkan urusan penyampaian demi pembanguna daerah berkenaan.

“Saya akan bertanding atas tiket perikatan nasional.

” Parti yang dianggotai beberapa buah parti di peringkat nasional dan juga peringkat negeri.

“… Dan platform ini merupakan satu platform yang terbaik bagi mengangkat aspirasi Beluran di peringkat nasional, ” katanya dalam sidang media di Pusat Penamaan Calon Dewan Masyarakat Beluran, pada Sabtu,

Ditanya mengenai komen Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung pencalonannya dengan tiket PN, ronald berkata ia harus ditanya kepada Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurutnya, setakat ini juga dia masih anggota GRS.

Kerusi Parlimen Beluran menjadi kerusi tumpuan dan panas apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak menamakan Ronald sebaliknya menyerahkan kerusi parlimen itu kepada rakan kerjasama BN.

Pada PRU14, Ronald menang dengan majoriti undi 7.115 menewaskan calon Warisan, Harapan Rakyat, Parti Cinta Sabah, PPRS dan calon Bebas.

Parlimen Beluran mempunyai 44,727 pengundi berdaftar.

BBerkaitan

Latest articles