PRU-15: BN sasar 112 kerusi Parlimen – Mohamad Hasan

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) perlu menang sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekali gus membentuk kerajaan.

Ia dimaklumkan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan parti gabungan itu bukanlah hanya dari segi jumlah kerusi tersebut namun lebih daripada itu.

“Kita (BN) tidak ada letak sasaran-sasaran kerusi. Sasaran kami mahu menang, jadi BN mesti melepasi 112 kerusi (Parlimen) untuk memastikan supaya kami dapat menubuhkan kerajaan pada PRU15.Itu sasaran kami, kalau boleh menang banyak lagi baik,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau di sini, hari ini.

Menurutnya, kawasan yang kalah tipis itu disebabkan beberapa isu tempatan yang perlu segera supaya tidak lagi mengulangi kesilapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kawasan-kawasan dulu yang BN kalah tipis banyak dan perlu diberikan tumpuan yang lebih daripada kepimpinan di kawasan tersebut, ” katanya.

Mohamad yang yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau itu turut menasihatkan pemimpin parti terutama di kawasan kerusi Parlimen kalah tipis dalam pilihan raya umum lalu supaya menumpukan lebih perhatian di kawasan tersebut.

Mohamad juga memaklumkan mengenai pembahagian kerusi dalam komponen BN belum diputuskan lagi.

“Walaupun kami sudah duduk (ketua parti komponen) dua, tiga kali tapi belum ada lagi kata putus.

“Kami (BN) akan berjumpa kepemimpinan parti MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) untuk pastikan pembahagian kerusi dapat dibuat dengan sebaik mungkin,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles