Protokol Baharu, Pesakit Akan Discaj Selepas 14 Hari Rawatan Walaupun Masih Diuji Positif

Pesakit yang disahkan positif Covid-19 selepas ini akan dibenarkan discaj dari hospital selepas menjalani rawatan selama 14 hari walaupun saringan masih menunjukkan ujian positif.

Langkah itu adalah maklumat terbaharu diterima dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana pesakit yang telah 14 hari dirawat akan menyebabkan tahap kebolehjangkitan mereka kepada orang lain menjadi rendah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata laporan yang baharu diperolehi itu akan mengubah protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam prosedur menguruskan pesakit Covid-19 di Malaysia pada waktu akan datang.

“Mengikut laporan WHO, kalau mereka telah melepasi tempoh 14 hari, kebolehjangkitan mereka adalah sifar.

“Dengan maklumat terbaharu yang kita perolehi, kalau lepas 14 hari, walaupun ujian positif… kita boleh discaj pesakit tersebut.

“Ini tindakan atau maklumat baharu yang kita dapat dan kita akan mengubah protokol dalam menguruskan pesakit yang positif,” kata beliau dalam sidang media harian tentang perkembangan Covid-19, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan Covid-19. Gambar The Star.

Beliau berkata protokol baharu itu belum lagi dimaklumkan kepada pakar-pakar di semua hospital terlibat dan akan dilakukan dengan kadar segera memandangkan ia baru sahaja diterima.

Katanya lagi, langkah terbaharu itu bermakna pesakit Covid-19 hanya akan dirawat di hospital selama 14 hari sahaja biarpun ujian pada penghujung tempoh itu menyaksikan mereka berstatus positif.

Tambah Dr Noor Hisham lagi, protokol itu berubah kerana ia adalah virus jenis baharu dan pihaknya juga masih lagi mengkaji lanjut mengenainya.

BACA JUGA – Jangan Risau, Semua Depoh Imigresen Terasing, Terkawal – KP Kesihatan

Namun, keputusan itu diambil atas kajian yang dilaksanakan WHO termasuklah Korea, Taiwan dan beberapa negara lain.

“Kalau kita lihat protokol dah berubah sebab ini virus yang baharu. Jadi kita tengah belajar juga.

“Dan selepas discaj, kita menasihatkan pesakit untuk kuarantin dua minggu di rumah,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, pesakit akan diuji pada hari ke-13 dan sekiranya keputusan masih positif, mereka akan terus dirawat di hospital. – TRI

BBerkaitan

Latest articles