Home BERITA Projek Perumahan di KL wajib bina rumah mampu milik, ppr – Anwar

Projek Perumahan di KL wajib bina rumah mampu milik, ppr – Anwar

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir pada sesi khas persidangan Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, 19 Disember 2022. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT -

BERNAMA

PARLIMEN — Kerajaan menekankan dasar mewajibkan pembinaan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam semua projek perumahan yang diluluskan di Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sasaran sebelum ini untuk membina lebih banyak rumah mampu milik belum tercapai, justeru perubahan penetapan syarat itu bertujuan memastikan jumlah rumah berkenaan dapat ditingkatkan untuk keperluan rakyat tidak berkemampuan.

Perdana Menteri berkata masalah itu dianggap serius dan di ibu negara, terdapat 3,000 permohonan untuk mendiami rumah mampu milik atau PPR dalam setahun, sedangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya mampu menawarkan 300 unit dalam tempoh sama.

“Kita buat perubahan sekarang (dalam mesyuarat) yang saya pengerusikan dua bulan lepas untuk tidak meluluskan mana-mana projek perumahan (di Kuala Lumpur) sekiranya mereka (pemaju) tidak membina unit rumah mampu milik atau PPR dalam projek sama.

“Mengenai soal syarat permohonan PPR DBKL yang ketat, saya juga setuju dan saya minta DBKL buat sikit penyesuaian (terhadap syarat permohonan),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

NO COMMENTS

Exit mobile version