Bangi, 1 Disember 2024 – Program “Menguasai TikTok Untuk Perniagaan” anjuran Adsia Academy berjaya mencipta sejarah apabila menjadi seminar TikTok terbesar di Asia Tenggara dengan penyertaan 913 peserta, sekali gus diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR).
Program dua hari yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) dari 30 November hingga 1 Disember ini bertujuan memperkasakan usahawan kecil dan sederhana (SME) dengan memanfaatkan platform TikTok sebagai alat perniagaan moden.
Menurut penganjur, Coach Abdul Aziz Mustapa Kamal (Aziz MK), TikTok bukan sekadar medium untuk mencipta engagement, tetapi mampu mendorong conversion yang tinggi menerusi strategi seperti TikTok Ads, livestreaming, dan TikTok Shop.
“Kami telah membantu lebih 70 syarikat SME mencapai jualan keseluruhan RM20 juta pada Oktober lalu, dengan jumlah jualan keseluruhan sebanyak RM197 juta bermula Januari hingga Oktober tahun ini,” kata Aziz.
Beliau turut menambah, sejak Adsia Academy ditubuhkan pada 31 Mac 2023, lebih 9,000 peserta telah menyertai pelbagai program mereka, membuktikan keberkesanan pendekatan digital yang diperkenalkan.
Tiktok: Alat Transformasi Perniagaan
Dalam ucapannya, Aziz menegaskan potensi TikTok sebagai platform penting yang membuka peluang kepada usahawan, khususnya yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan. Selain itu, TikTok turut membantu meningkatkan kesedaran jenama serta membolehkan usahawan kecil bersaing di peringkat nasional dan global.
“TikTok bukan hanya tentang mengejar ‘For You Page (FYP)’, tetapi memastikan tontonan berubah menjadi pembelian melalui strategi pemasaran berkesan,” tambahnya.
Pengiktirafan Antarabangsa
Seminar ini turut mendapat pengiktirafan daripada Jairus Ang, Agency Partner Manager @ TikTok Driving Agency Growth, TikTok Singapore, yang menyifatkan ia sebagai acara bersejarah dalam perkembangan TikTok sebagai platform perniagaan.
Peserta seminar bukan sahaja terdiri daripada usahawan di Semenanjung Malaysia, tetapi juga dari Sabah, Sarawak, dan Indonesia.
Adsia Academy berharap program ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai usahawan untuk memanfaatkan TikTok sebagai medium utama dalam perniagaan mereka.