Program Imunisasi Bukan Baru Bermula, Ia Sudah Bertapak Sejak 64 Tahun Lepas

Mengapa sejak usia seawal sehari selepas anak anda dilahirkan si comel sudah diberikan suntikan vaksin?

Program memberikan imunisasi atau vaksin kepada warga Malaysia bukan satu perkara baharu tetapi ia telah pun bermula 64 tahun lepas serta berjaya menyelamatkan jutaan nyawa dari pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Program berkenaan diberi nama Program Imunsisasi Kebangsaa (NIP) dimulakan pada tahun 19577 memberikan suntikan pelbagai vaksin untuk menangani penyakit berbahaya secara percuma. Ada pihak menyatakan bahawa program pemberian vaksin ini ibarat baru bermula sekarang ekoran dunia dilanda pandemik COVID-19.

Program NIP menyediakan imunisasi khususnya untuk melindungi kanak-kanak dari penyakit seperti Tuberculosis (TB), Hepatitis B, difteria, pertussis (batuk kokol), polio, measles (campak), mumps (beguk), rubella, human papillomavirus (HPV) dan Japanese encephalitis (JE).

Sebagai seorang warga Malaysia kita akan menerima suntikan vaksin sejak hari pertama kita lahir sehingga kita berumur kira-kira 15 tahun.

Apabila kita lahir, vaksin pertama yang akan diterima ialah vaksin untuk penyakit TB yang dikenali sebagai Bacilie Calmette-Guerin (BCG) dan imunisasi Hepatitis B Monovalen. Kedua-duanya ialah dos peringkat pertama pada umur berkenaan.

Sejak ia bermula, kerajaan dengan begitu rapi memastikan vaksin yang disuntik kepada rakyat Malaysia selamat, berkualiti dan berkesan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menyatakan vaksin COVID-19 juga dipastikan menepati tiga kriteria berkenaan melalui ujian yang amat ketat sebelum dibenarkan untuk disuntik kepada orang ramai.

Untuk rekod, Malaysia telah diiktiraf bebas dari penyakit polio sekitar tahun 2010 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan ia merupakan satu pengiktirafan penting dalam program NIP. Banyak lagi penyakit berbahaya lain kini tidak lagi menular dalam komuniti di negara ini kesan dari kejayaan program NIP.

Disebabkan kejayaan dan keberkesanannya, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa mengadakan kempen untuk mendapatkan vaksinasi. Para doktor dan pakar perubatan juga sentiasa menekankan keutamaan menerima imunisasi bagi anak-anak.

BBerkaitan

Latest articles