KUALA LUMPUR: Pengerusi Perwakilan Penduduk Parlimen Batu WP, Gulam Muszaffar, menempelak dakwaan bekas Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran yang mengaku bahawa beliau adalah individu yang melaksanakan idea program bas percuma di Kampung Batu, di sini.
Gulam Muszaffar berkata, Prabakaran menggunakan isu ini sebagai modal berkempen untuk meraih undi penduduk Batu Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Sebenarnya orang yg betul-betul mengambil berat dan juara untuk isu program bas percuma ini adalah bekas Pengerusi Persatuan Penduduk, PPR Pekan Batu yang dikenali sebagai Sithambaran.
“Dia yang sebenarnya cetuskan idea program bas percuma ini apabila klinik kesihatan batu muda atau klinik kesihatan batu di pindahkan daripada jalan…ke batu muda.
“Jadi, saya nak menempelak dakwaan dalam siri-siri kempen Prabakaran yg mengatakan itu usaha beliau. Dia sebenarnya claim credit saja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat UMNO Parlimen Batu, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Gulam Muzaffar berkata, beliau mempunyai bukti surat menyurat berkaitan perlaksanaan program bas percuma tersebut.
Bahkan katanya, perkara itu turut dibawa ke peringkat lebih tinggi iaitu Pengerusi Prasarana ketika itu adalah Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang turut memberi sokongan terhadap program tersebut.
“Selaku Pengerusi Perwakilan Penduduk saya hanya melaksanakan dan mengambil cadangan dan cetusan idea daripada bekas Pengerusi Persatuan Penduduk, PPR Pekan Batu untuk dilaksanakan.
“Tuan-tuan boleh saksikan surat menyurat saya dan saya juga telah berjumpa dengan ketika itu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selaku Pengerusi Prasarana yang telah mencadangkan dan memberi sokongan kepada DBKL untuk mengadakan proram bas percuma,” jelasnya.
Dalam pada itu, Gulam Muzaffar turut mengulas mengenai dakwaan Prabakaran mengenai pemasangan besi penghadang di sekitar tanah perkuburan Selayang Lama.
Jelas beliau, usaha tersebut telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Tanah Perkuburan Kampung Selayang Lama dikenali sebagai Abdul Latif.
Usaha itu dilakukan untuk menghalang lori-lori haram daripada membuang sampah di tanah sekitar tanah perkuburan itu.
Tegas beliau, Prabakaran bukan individu yang mencetuskan malah tidak sama sekali melaksanakan inisiatif itu.
“Dakwaan Prabakaran mengatakan beliau adalah orang yang melaksakan perkara itu adalah tidak betul.
“Idea ini datangnya daripada jawatankuasa yang menguruskan tanah perkuburan kampung Selayang Lama untuk menangani isu pembuangan sambah haram disekitar kawasan itu.
“Selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk saya menlaksanakan tanggungjawab selepas aduan dan masalah yang telah diajukan kepada saya.
Beliau turut mengingatkan Prabakaran agar ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab dan tidak mendabik dada mengaku hasil kerja orang lain sebagai hasil kerja sendiri.
“Tak perlu lah kita nak mendabik dada nk mengatakan ini hasil kerja kita.
“Tengoklah…tenunglah wajah Prabakaran kita sebenarnya macam mana berbanding dengan orang lain.
“Claim Kredit atas kerja dan usaha orang lain. Wajarkah?” soalnya.
Terdahulu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi parlimen Batu, Prabakaran mendakwa program bas percuma di Kampung Batu dan pemasangan besi penghalang di sekitar tanah perkuburan Kampung Selayang Lama adalah usaha beliau.