Seorang penyelidik dari Universiti Pittsburgh, Dr Bing Liu ditemui mati di kediamannya, ada kaitan dengan kajian yang sedang dilakukannya terhadap wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia.
Ketika kejadian, Dr Liu, 37, dilaporkan bersednirian di rumahnya yang terletak di Ross Township, Pennsylvania, Amerika Syarikat apabila seornag lelaki menceroboh masuk ke rumahnya yang tidak berkunci dan melepaskan tembakan.
Tembakan dari suspek, Hau Gu, mengenai kepada, leher dan badan Dr Liu.
Selepas kejadian itu, suspek segera keluar dari rumah dan memasuki keretanya sebelum menembak dirinya sendiri.
Polis mendedahkan kedua-duanya saling mengenali antara satu sama lain.
Kejadian malang berkenaan terjadi ketika Dr Liu hampir menyelesaikan kajian berkenaan Covid-19.
Kematian Dr Liu amat dikesali ramai pihak, termasuk kenalan rapatnya di universiti berkenaan yang menyifatkan penyelidik itu sebagai seorang yang rajin, pintar dan berbakat.