More

    #PRNMelaka – Tok Mat Hasan Umum Calon Sabtu ini ?

    Persoalan mengenai siapa yang akan bertanding mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka terjawab Sabtu ini.

    Memetik laporan Melaka Hari ini, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustafa Musa, pengumuman itu akan dibuat dalam majlis yang akan diadakan tiga hari lagi.

    Bagaimanapun, katanya, lokasi pengumuman itu masih belum dimuktamadkan iaitu sama ada di buat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur atau di Bilik Gerakan BN di Ayer Keroh.

    “Lokasi masih dibincangkan memandangkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    “Apa yang pasti pengumuman itu akan dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Pengerusi BN,” katanya kepada pemberita.

    Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan calon yang akan ditampilkan parti itu bakal berubah wajah.

    Katanya, calon yang akan diketengahkan terdiri daripada muka-muka baharu dan orang muda dalam menarik minat pengundi dan membawa perubahan kepada corak pentadbiran negeri.

    Sementara itu, dipercayai BN sudah memuktamadkan calon-calon yang bakal diketengahkan di PRN Melaka kali ini.

    Calon-calon yang dikemukakan itu telahpun melepasi tapisan dan semakan iaitu mereka yang bebas dari bangkrup, mempunyai kes Jenayah ataupun perkara-perkara yang boleh membatalkan pencalonan mereka dalam PRN kali ini.

    cuma berapakah peratus muka baharu,pembahagian calon dari parti kompenan BN, serta calon dari wanita, puteri serta pemuda masih lagi menjadi rahsia parti dan hanya akan diumumkan sabtu ini kata sumber TRI ketika dihubungi sebentar tadi.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini