PRN Selangor: UMNO & Amanah Rebut Pengundi Yang Sama

BARISAN Nasional terpaksa bertolak ansur dalam rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor walaupun pilihan kerusi yang ada adalah terhad.

Sikap tolak ansur itu terpaksa dilakukan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang yang membabitkan enam negeri termasuk Selangor.

Penganalisa politik, Azmi Hasan dari Akademi Nusantara berkata kepada FMT, BN dan UMNO akan beralah memandangkan mereka tewas di semua kerusi di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas, PRU15 pada 19 November 2022.

“Rundingan kerusi di Selangor mungkin sukar kerana parti Amanah dan UMNO menyasarkan kumpulan pengundi yang sama.

“Kumpulan pengundi yang sama dimaksudkan di sini iaitu kerusi majoriti Melayu serta keinginan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu merampas semula Bukit Antarabangsa dan Gombak Setia,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya ada kerusi yang diagih-agihkan kepada UMNO, kemungkinan kerusi itu kerusi Melayu dan pengundi Melayu itu adalah sasaran parti Amanah,” jelasnya.

Katanya, sebelum ini Amanah menjadi pilihan untuk kerusi majoriti Melayu namun kerjasama PH-BN menimbulkan perkiraan lain.

Tambah beliau, dalam keadaan tertentu UMNO dilihat lebih berpengaruh daripada Amanah.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat Amanah, Sany Hamzan mendedahkan PH Selangor akan mempertahankan semua kerusi dimenangi pada PRU14 dan rundingan dengan BN membabitkan kerusi Perikatan Nasional (PN).

Dalam kedudukan sekarang, terdapat lima kerusi PN iaitu Bukit Antarabangsa, Gombak Setia, Selat Klang dan Dengkil yang diduduki Bersatu dan Sijangkang, diduduki PAS.

Azmi percaya PKR ingin merampas Bukit Antarabangsa dan Gombak Setia yang dimenangi bekas ahlinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Hilman Idham.

“Tak logik bagi PKR untuk memberi laluan kepada BN. Pada saya, PKR mempunyai ‘hak’ mempertahankan kerusi mereka,” ujarnya.

Kerusi bukan PN adalah Lembah Jaya dan Sementa (Parti Bangsa Malaysia) yang juga dimenangi bekas ahli PKR, Batang Kali dan Jeram (Pejuang), Teratai (Warisan) dan Kuang (Bebas). – SM

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,683FollowersFollow
20,500SubscribersSubscribe

Terkini