PRN Sabah: PKR Kata Jumlah Kerusi ‘Sangat Kecil’

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memaklumkan bahawa partinya hanya mendapat sedikit sahaja jumlah kerusi untuk dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung bulan ini.

“Sangat kecil, sangat kecil, untuk Keadilan (PKR) punya (jumlah kerusi) sangat kecil,” katanya.

Saifuddin berkata rundingan kerusi PKR turut dibincangkan bersama Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, semalam.

“Kita perlu juga mengambil kira kawasan yang ada penglibatan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Amanah atau DAP dan itu lumrah dalam mana-mana proses perundingan kerusi,” katanya.

Saifuddin berkata, PKR juga mengambil kira dan melihat keperluan untuk bertanding semula di kawasan yang pernah dimenanginya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lepas.

Bagaimanapun pembahagian kerusi antara PKR, Warisan dan beberapa parti rakan akan dimuktamadkan secepat mungkin sebelum hari penamaan calon yang akan berlangsung pada Sabtu.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,873FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini