PRN Sabah: Beri Laluan Parti Kuat Bertanding

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa meminta supaya Bersatu memberi laluan kepada Umno untuk bertanding lebih banyak kerusi untuk menewaskan Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, akan datang.

Tindakan itu, ujarnya, penting supaya dapat mewujudkan pertandingan satu lawan satu terhadap Warisan yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mentadbir negeri pada 2018.

“Namun kalau mau straight fight (satu lawan satu) melawan Warisan, tentu kena berunding dan pastikan parti yang lebih kuat kita beri laluan untuk bertanding,” demikian memetik ciapannya di Twitter.

Annuar terlebih dahulu mengulas keinginan Bersatu Sabah untuk bertanding di banyak kerusi pada PRN Sabah.

Namun katanya, jika parti berkenaan mahu berbuat demikian maka tindakan yang sama boleh dilakukan oleh Umno.

“Bersatu boleh bertanding seberapa banyak kerusi yang mereka mahu. Itu hak mereka. Cubalah…,” ujar Annuar.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan memberi peringatan kepada Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor supaya ‘jangan bermimpi’ untuk bertanding di 45 kerusi DUN pada PRN Sabah.

Shahril turut meminta Bersatu Sabah menghormati Umno dengan memilih kaedah perbincangan.

“Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding. Umno Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi. Tetapi kalau sebelum berunding pun Bersatu sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45 kerusi.

“Itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan,” katanya.

DUN Sabah mempunyai sebanyak 73 kerusi DUN dan Bersatu Sabah dilaporkan mahu bertanding di 45 kerusi.

Pada PRU14 lalu, Umno menang di 17 kerusi DUN. Namun seramai 16 wakil rakyatnya bertindak lompat parti menyertai Warisan dan Bersatu yang membentuk kerajaan negeri.

“Saya yakin Bung Moktar dan pasukan Umno Sabah bijak mengurus lanskap terbaru ini.

“Keutamaan pertama adalah memperkasa agenda rakyat di Sabah disamping memperjuang maruah Umno Sabah yang terus diangkat berasaskan kesetiaan pemimpin dan ahlinya yang setia, tatkala ramai lain memilih jalan mudah dahulu,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Covid-19: Kubang Pasu, Padang Terap Diumum Kawasan PKPD Berkuatkuasa Hari Ini

Kerajaan hari ini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat kawasan melibatkan Kubang Pasu dan Padang Terap, Kedah. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan),...

Tun M Kata ‘Banyak Parti Politik Punca Ketidaktentuan Dalam Negara’

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kecelaruan politik yang berlaku di Malaysia pada hari ini berpunca daripada jumlah parti politik yang terlalu...

Anjing Dilatih Bagi Mengenal Pasti Individu Dijangkiti Covid-19

Negara Chile kini sedang giat melatih empat ekor anjing dari spesies kacukan labrador dan golden retriever untuk mengenal pasti pesakit yang dijangkiti Covid-19. Kaedah pengesanan...

AirAsia Tawar Diskaun 20% Untuk Semua Penerbangan Dalam Negeri

Air Asia, syarikat penerbangan dengan kadar tambang murah menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi kesemua penerbangan domestik. Tawaran bermula dari sekarang hingga...

PRN Sabah: Tun M Dakwa 13 ADUN Yang Lompat Parti Akan Dihukum Rakyat

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ketidaktentuan politik di Sabah yang memaksa ia mengadakan pilihan raya negeri (PRN) disebabkan amalan rasuah di...