PRN Sabah: Azmin Percaya Rakyat Sabah Sudah Cukup ‘Celik’

Mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, rakyat negeri itu diyakini sudah cukup matang untuk membuat keputusan tepat bagi membangunkan dan memajukan Sabah, demikian menurut Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Malah berdasarkan maklum balas yang diperolehi sepanjang berkempen di negeri itu, beliau juga percaya rakyat Sabah sedar akan keperluan memilih sebuah pentadbiran kerajaan yang sehaluan dengan kerajaan pusat.

“Maklum balas yang kita terima cukup positif tetapi jangan terlalu selesa. Kita mesti kerja kuat, masih ada masa lima hari lagi untuk turun bertemu dengan pengundi.

“Pendekatan (berkempen) yang kita ambil ialah untuk mewujudkan rasa muhibah dan persaudaraan sesama kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sentuhan Kasih Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.

Azmin menambah, rata-rata rakyat Sabah yang ditemui juga menyedari keperluan untuk menyokong calon di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil.

Dalam pada itu Azmin memberitahu bahawa kerajaan pusat memperuntukkan RM350 juta untuk kerajaan negeri untuk projek bekalan air bersih di Sabah pada tahun ini.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) ujarnya, akan memastikan peruntukan itu sampai kepada rakyat.

“Antara projek penting yang perlu disegerakan di daerah Beaufort ialah bekalan air bersih,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,400SubscribersSubscribe

Terkini