PRN Kali Ini ‘Saksi’ Kerajaan PAS Kelantan Bertukar Kepada PH-BN

KUALA LUMPUR: Pengundi di Kelantan sedar dengan keperluan menukar pentadbiran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Naib Presiden Amanah, Adly Zahari yakin kerajaan PAS Kelantan yang mentadbir negeri itu sekian lamanya, bakal digulingkan dan rakyat negeri berkenaan akan memilih gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Saya juga yakin dengan kejayaan ini jika rakyat Kelantan tahu bahawa perubahan itu tidak akan mencemarkan atau mengancam institusi Islam dan tetap ditadbir oleh pemimpin Melayu daripada PH-BN.

“Oleh itu, saya optimis gabungan PH-BN mampu tawan Kelantan,” katanya dalam program Pentas Pemuda Perpaduan Negeri Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.

Jelas Adly, sekarang ini gabungan PH-BN dalam tempoh untuk menguatkan lagi jentera bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka pada malam 12 Ogos nanti.

Menurutnya, bukan suatu yang mustahil untuk beroleh kemenangan itu kerana Kelantan merupakan sebuah institusi rakyat yang mempunyai pemikiran di peringkat universiti.

Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai peluang di setiap DUN termasuk di kerusi kontroversi dan panas iaitu di Ketereh dan Kota Lama.

Mengenai tarikh pengumuman calon, katanya, BN akan memaklumkan senarainya pada 21 Julai ini, manakala PH dalam tempoh terdekat.

BBerkaitan

Latest articles