PRN Johor: Undi Awal Membabitkan 22,531 Pengundi

MERSING: Seramai 22,531 pengundi awal membabitkan anggota polis, tentera dan pasangan terlibat dalam proses mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 10,955 merupakan anggota tentera dan pasangan manakala 11,576 lagi adalah anggota polis dan juga pasangan.

Proses undi awal dimulakan tepat 8 pagi tadi.

Turut kelihatan pasukan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah membuka ruang khas untuk proses saringan bagi memastikan tiada anggota yang bergejala sebelum mengundi.

Secara keseluruhan, 63 pusat mengundi telah dibuka dan daripada jumlah itu juga, 30 pusat mengundi akan beroperasi sehingga pukul 12 tengah hari.

Manakala selebihnya, akan ditutup pada pukul 2 petang dan 5 petang.

Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan proses pengundian berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook (FB) SPR.

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dengan kertas undi hanya akan dikira bermula jam 4 petang Sabtu ini (12 Mac).

PRN Johor yang ditetapkan pada 12 Mac melibatkan 2,597,742 pengundi.

BBerkaitan

Latest articles