PRN Johor: UMNO Sasar Tanding 42 Kerusi

KUALA LUMPUR: UMNO mahu meletakkan calon-calonnya di sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, akan datang.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan, sambil menambah bahawa jumlah itu belum mengambil kira kerusi DUN bagi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Buat masa ini, UMNO masih di peringkat perbincangan bersama rakan komponen dan akan memutuskan jumlah akhir tidak lama lagi.

“Kami menyasar minimum 42 daripada 56 kerusi DUN di Johor. Ini hanya mengambil kira UMNO sahaja,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles