PRN Johor: Sikap Profesional Di Peringkat Kabinet Diteruskan

BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin hubungan dalam kalangan anggota kabinet selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berjalan dengan harmoni meskipun berbeza parti politik.

Mesyuarat Kabinet pertama selepas PRN Johor akan berlangsung pada minggu hadapan.

Dalam pada itu Ismail Sabru percaya semua pihak di dalam kabinet dapat membuat keputusan baik demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

“Kami profesional dan fokus kepada dasar serta isu negara…kami (Kabinet) profesional kerana di situ dasar negara perlu dibincangkan dan perlu diputuskan secara bersama, tidak ada isu bertelagah kerana berlainan parti.

“Waktu PRN Melaka pun kami bertembung, dan tidak bawa pertembungan itu ke Kabinet. Di Johor, pertembungan juga sengit dan sebagainya, tapi juga ia tidak dibawa ke Kabinet. Saya berharap dan yakin,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM), hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman.

PRN Johor menyaksikan BN menang di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Perikatan Nasional (PN) yang juga merupakan sebahagian daripada anggota Kabinet hanya memperoleh tiga kerusi, manakala Pakatan Harapan (11 kerusi) dan masing-masing satu kerusi bagi PKR dan MUDA.

BBerkaitan

Latest articles