PRN Johor: Manifesto BN Perinci Lima Objektif Utama

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan kepada lima objektif utama supaya kerajaan Johor berada dalam keadaan stabil sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, manifesto yang sama juga akan memfokuskan semua peringkat usia.

“Kerana kita ada lima matlamat merangkumi pelbagai aspek kehidupan daripada pelbagai usia terutama golongan baharu mendaftar (pengundi).

“Jadi pengalaman menarik dan tentu sekali kita akan menghidangkan dengan matlamat boleh memenuhi cita rasa dan matlamat mereka.

“Kita akan umumkan manifesto ini dengan garis panduan memikirkan bahawa kita tidak meninggalkan mana-mana pihak dalam semua perkara,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan bersama media Johor, semalam.

Dr Adham yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi juga memberitahu bahawa BN akan mewajibkan semua 56 calonnya melantik pegawai media bagi tujuan menangani isu semasa yang boleh disampaikan secara lebih berkesan.

BBerkaitan

Latest articles