PRN Johor: Khaled Umum Tidak Akan Bertanding

JOHOR BAHRU: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bekas Menteri Besar Johor dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas itu menepis spekulasi bahawa dirinya akan membuat kemunculan semula pada PRN kali ini.

“Saya sahkan saya tidak mahu bertanding,” katanya memetik Bernama.

Mohamed Khaled dalam masa yang sama memberitahu siapa calon yang akan bertanding di bekas Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, dan seluruh kawasan lain bagi PRN Johor belum ditentukan lagi oleh parti.

“Soal siapa calon itu parti akan putuskan nanti,” katanya lagi.

Untuk rekod pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohamed Khaled kalah di kerusi DUN Permas kepada Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh (Bersatu) dengan majoriti 8,746 undi dan ditewaskan Hassan Abdul Karim dari PKR untuk kerusi Parlimen Pasir Gudang dengan majoriti undi 24,726.

BBerkaitan

Latest articles