PRN: BN Pertaruh 108 Calon

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan seramai 108 calon gabungan itu bertanding bagi Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos nanti.

Daripada jumlah itu, 63 peratus calon-calon merupakan muka-muka baru dam 18 peratus lagi adalah penyandang yang dicalonkan semula.

Ahmad Zahid berkata seramai 12 calon dipertandingkan di Selangor, 17 di Negeri Sembilan, dan enam di Pulau Pinang.

Manakala di Kedah, BN meletakkan calon di 15 kerusi DUN, 31 di Kelantan, dan 27 di Terengganu.

BBerkaitan

Latest articles