PRN: Anak Muda Perlu Selamatkan Negara

KUALA LUMPUR: Setiap pengundi yang akan menjalankan tanggungjawab pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, diingatkan untuk membuat pilihan yang tepat.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Selangor untuk tidak memandang ringan undi yang akan diberikan nanti kerana ia penentu kestabilan di negeri itu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada ceramah Jelajah Perpaduan Madani Grand Finale, malam tadi.

Ujar Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi, kerajaan Selangor pimpinan PH dan Barisan Nasional (BN) mempunyai dasar-dasar untuk membangunkan negeri dan peluang perlu diberikan agar dasar tersebut dapat diteruskan.

“Jadi, saya minta jangan Pilihan Raya Negeri ini dipandang ringan. Saya harap kita akan buat keputusan yang terbaik. Anak muda tolong selamatkan negara.

“Jangan biar fahaman penunggang agama main kaum, sudahlah. Kamu cakap kaum Melayu tapi kamu sakau duit orang Melayu,” katanya.

Hadir sama pada majlis ceramah itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

BBerkaitan

Latest articles