PRK Chini – PKR Umum Tidak Letak Calon

PKR hari ini memutuskan bahawa parti itu tidak akan menghantar wakil bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan untuk tidak bertanding telah dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Jelasnya, faktor utama keputusan berkenaan adalah disebabkan kekangan yang bakal dihadapi sewaktu tempoh berkempen.

Ia susulan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia ekoran penularan wabak COVID-19 di negara ini.

“KEADILAN berpandangan SOP yang bakal dikeluarkan akan mendatangkan kesan kepada cara berkempen dan gerak kerja di lapangan.

“Contohnya, larangan lebih dari 20 orang berhimpun untuk ceramah umum perlu diteliti, dan kita juga belum diberitahu prosedur untuk kempen rumah ke rumah, pondok panas serta perkara-perkara lain yang amat penting dan menjadi kelaziman dalam konteks persiapan gerak kerja pilihanraya.

“Maka, mengambil kira perkara-perkara di atas, KEADILAN dan Majlis Presiden Pakatan Harapan telah bersetuju bahawa KEADILAN tidak akan meletakkan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Chini,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles