PRK Chini: Muafakat Nasional Tak Jejas Kerjasama Dalam PN

Penglibatan Muafakat Nasional yang dibentuk antara Umno dan PAS untuk berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini tidak akan memberi kesan terhadap kerjasama parti itu dalam Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata hal itu sebaliknya memberi manfaat kepada gabungan tersebut kerana memiliki ramai kawan.

“Tiada masalah, kedua-dua anggota Muafakat Nasional adalah anggota PN. Ia beri satu kekuatan baru kepada Umno dan PAS.

“Umno adalah anggota yang telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan PAS untuk mendokong Muafakat Nasional.

“Maka untuk PRK DUN Chini, semangat Muafakat Nasional diteruskan seperti PRK sebelum ini,” katanya di sidang media BN, petang tadi.

Ujarnya, Umno akan meletakkan calonnya di PRK DUN Chini untuk mempertahankan kemenangan sebelumnya di kerusi itu.

Terdahulu, kerusi DUN Chini kosong selepas penyandangnya, Datuk Abu Bakar Harun meninggal dunia pada 7 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat esok bagi membincangkan kekosongan kerusi berkenaan dan dijangka akan menentukan tarikh PRK.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini