Presiden UMNO Jangan Tutup Telinga Dengar Gesaan Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mesti mengambil kira gesaan dan pandangan pimpinan dan ahli-ahli akar umbi supaya meletakkan jawatan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menambah adalah tidak wajar untuk Ahmad Zahid menutup telinga terhadap gesaan itu selepas Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam PRU15 Sabtu lalu.

“Presiden kena dengar pandangan daripada semua. Bila Ketua Bahagian UMNO buat kenyataan, beberapa pihak buat kenyataan. Saya harap Presiden UMNO buat pertimbangan sewajarnya. Jangan menutup telinga untuk tidak mendengar langsung pandangan.

“Mungkin untuk kebaikan parti, presiden mesti memikirkan masa depan parti, sama ada perlu kekal kerana dia menang pemilihan dan tak boleh dipecat begitu saja. Presiden kalau mahu dipecat mesti dua pertiga ahli panggil mesyuarat agung luar biasa untuk pecat presiden.

“Tapi presiden juga boleh menarik diri atau berhenti. Itu kuasa yang diberikan Perlembagaan (parti). Presiden perlu memikirkan demi masa depan parti dan jangan menutup telinga (desakan) Ketua Bahagian UMNO, pemuda. Setiap hari kita dengar macam-macam desakan,” katanya.

Semalam, ramai pemimpin UMNO dan ahli akar umbi parti mendesak supaya Ahmad Zahid berundur daripada jawatannya, selepas Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh kemenangan bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 (PRU15).

BBerkaitan

Latest articles