Presiden MTA Mahu Atlet Taekwondo Patuh SOP PKP Dan Tetap Berlatih Untuk Kekalkan Prestasi

Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) mahu semua ahli persatuan mematuhi arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada masa sama terus berlatih bagi mengekalkan stamina dan prestasi bagi menghadapi kejohanan yang akan datang.

Presiden MTA, Dato’ Sri Nik Aswan Nik Abdul Aziz berkata persatuan tegas bagi memastikan semua atlet di bawah kelolaannya mematuhi undang-undang ketika PKP tetapi tidak meninggalkan latihan.

“Para atlet mesti mengikut SOP ketika PKP tetapi pelaksanaan PKP bukanlah satu alasan untuk para atlet Taekwondo negara tidak menjalani latihan kerana ia penting untuk mengekalkan prestasi mereka.

MESTI BACA – Pihak Berkuasa Siasat Ajaran ‘Agama Melayu’

“Berlatih, berlatih dan terus berlatih,” gesa beliau.

Menurut Dato’ Sri Nik Aswan, latihan yang dibuat untuk mengekalkan tahap stamina para atlet kini terpaksa dilakukan secara sendiri di rumah dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

“Para atlet juga diharapkan untuk terus berada di rumah dan tidak pergi ke mana-mana tempat yang dilarang beroperasi ketika PKP supaya tidak dikenakan tindakan serta tidak mencetuskan risiko para atlet turut dijangkiti COVID-19,” katanya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 13 Januari lepas mengumumkan PKP dikuatkuasakan selama 14 hari bagi mengekang penularan pandemik itu yang kembali mendadak sejak kebelakangan ini.

Dato’ Sri Nik Aswan berkata latihan amat penting supaya semua atlet bersedia menghadapi kejohanan yang akan berlangsung bagi memastikan persembahan mereka terus konsisten dan tidak terjejas.

Semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 4,214 kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini menurun sedikit berbanding semalam iaitu sebanyak 5,298 kes.

BBerkaitan

Latest articles