PPIM Kecewa Kritikan Terhadap Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa digesa menyiasat semua kenyataan media dibuat oleh pelbagai pihak mengenai isu pengajian 40 hadis yang disifatkan semakinmelampau.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), menerusi Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya akan membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

Tegasnya, adalah tidak patut ada yang mengkritik pelaksanaannya sedangkan agama Islam adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Pendidikan Islam untuk pelajar beragama Islam adalah hak umat Islam, tindakan pihak bukan Islam masuk campur urusan agama Islam dalam negara ini sudah melampau.

“Apakah mana-mana pihak yang menentang pelaksanaan modul Hadis 40 ini sudah meneliti kesemua dan mendapati ia boleh mengancam kesejahteraan orang bukan Islam?,” soalnya.

Tegas Nadzim lagi, arahan supaya semua pihak mengelak sebar kandungan berbaur kebencian membabitkan 3R (Race, Religion, Royalty) bukan hanya termaktub kepada politik malah rakyat secara keseluruhannya.

“Jangan ingat kami akan berdiam diri. Siapa mereka mahu meletakkan syarat dan mengugut sekiranya pengajian 40 hadis diteruskan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ralam kenyataan sebelum ini memaklumkan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Pelaksanaan modul itu disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan kefahaman agama.

BBerkaitan

Latest articles