Polis Thailand pantau penggunaan ganja sempena ambang Tahun Baharu 2023

BANGKOK, Thailand: Kerajaan Thailand beri peringatan kepada para penjual ganja supaya tidak menjadi penganjur parti dadah atau sertai parti dadah ketika sambutan ambang tahun baharu 2023.

Menurut portal Thethaiger.com, Kementerian Kesihatan Thailan memaklumkan peraturan kawalan ganja melarang penggunaan dadah itu dalam acara walaupun menggunakannya dibenarkan di negara itu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thailand (DTAM), sebahagian besar penduduk menyuarakan kebimbangan mereka terhadap parti dadah yang berlaku di seluruh negara.

Jelasnya, kakitangan jabatan itu secara konsisten sedang menyiasat semua aduan diterima dan menjalankan pemeriksaan terhadap mana-mana premis yang disyaki melanggar undang-undang peraturan ganja.

“Mana-mana individu didapati menjual ganja tanpa lesen vendor yang betul akan berdepan dengan pendakwaan undang-undang,” jelas laporan itu.

Ketua Pengarah juga memberi amaran mana-mana individu didapati menghisap ganja di tempat kejadian akan ditahan.

Katanya, setakat ini, seramai 12 orang sudah ditahan polis.

“Malah, perbuatan menghisap ganja bagi tujuan rekreasi turut berpotensi menyalahi undang-undang sekiranya asap itu mengganggu jiran,” jelas laporan.

Tambah Ketua Pengarah, mana-mana vendor yang merancang untuk menjual ganja perlu mendapat kebenaran khas daripada DTAM sebelum berbuat demikian dan harus mematuhi semua peraturan ditetapkan oleh kerajaan.

Katanya, pihak berkuasa akan memeriksa aktiviti yang mencurigakan bagi menentukan sama ada ia melanggar peraturan pengedaran ganja.

BBerkaitan

Latest articles