More

    Polis Terpaksa Angkat Suspek Bunuh Bayi Selepas Dakwa Tak Habis Baca Doa Pendinding

     

    Enggan memberikan kerjasama sehingga menimbulkan kekecohan di perkarangan Mahkamah Majistret Bachok, suspek yang dipercayai membunuh bayi lelaki berusia lapan bulan terpaksa diangkat oleh lima anggota polis untuk prosedur perintah tahanan reman terhadapnya.

    Selain enggan turun daripada kereta polis, lelaki berusia 40 tahun itu juga memberi alasan ingin membaca pelbagai surah Al-Quran atas alasan untuk berdoa sebagai ‘pendinding diri’.

    Lelaki itu juga enggan mengendahkan arahan polis meskipun diberikan masa selama 10 minit.

    Terdahulu suspek dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

    Majistret Mohd Dinie Syazwan Ab Shukor kemudiannya mengarahkan suspek yang juga seorang pekebun, dikenakan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan.

    Perintah reman tersebut mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Untuk rekod, polis menemui mangsa Wan Mohamad Afiq Wan Roslan, lapan bulan, dalam keadaan menyayat hati dengan badannya dilumur garam dan dimasukkan ke dalam guni yang disorokkan di bawah meja di bahagian dapur di sebuah rumah, dipercayai dibunuh bapa kandungnya di Kampung Sungai Dua, Melawi, Bachok.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini