Polis Terima 6 Laporan Berhubung Pendakwah Selebriti, Reman Bersambung

 

Susulan perkembangan terbaru membabitkan pendakwah selebriti, polis akan memohon supaya tempoh tahanan reman terhadap suspek yang berakhir hari ini untuk disambung lagi.

Ini selepas polis menerima enam lagi laporan daripada mangsa-mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan maklumat itu dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam, hari ini.

Menurut beliau suspek akan tamat reman untuk kes pertama pada hari ini, 1 Disember 2020.

“Namun begitu ada enam laporan diterima daripada mangsa-mangsa terjejas, iaitu lima di Shah Alam dan satu kes di daerah Petaling Jaya.

“Daripada jumlah itu lima kes sedang disiasat di bawah kesalahan seksual seperti Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol), 354 Kanun Keseksaan (cabul), 377c (seks luar tabii) dan 323 Kanun Keseksaan (mencederakan mangsa) dan satu laporan yang tidak diambil tindakan setakat ini kerana tiada apa-apa kesalahan dikesan.

“Esok ddia akan direman di Mahkamah Shah Alam atas satu laporan polis (aduan rogol) yang baru diterima,” katanya.

“Polis menyeru sekiranya terdapat mangsa lain agar jangan rasa bimbang untuk tampil membuat laporan polis,” katanya.

Terdahulu, seorang gadis pelajar kolej tempatan mendakwa menjadi mangsa cabul pendakwa selebriti berkenaan dan mangsa yang dalam keadaan trauma kini dirawat di PPUM.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima aduan mangsa yang berusia 22 tahun, sekitar jam 3.51 petang semalam.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,803FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini