Polis Terengganu Lengkapkan Siasatan Kes Pukul Lelaki OKU

KUALA LUMPUR: Polis Terengganu telah menyiapkan kertas siasatan berkaitan kes pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di sebuah pasar tani di Kemaman bulan lepas.

Ketua Polis Mohd Khairi Khairuddin berkata, pihaknya telah melengkapkan siasatan selepas menerima laporan perubatan daripada Hospital Kemaman.

Katanya kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya esok.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pihak pendakwa raya akan meneliti kes ini bagi menentukan sama ada semua suspek akan didakwa atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) ke-2 Kontinjen Terengganu di Dungun hari ini, lapor Bernama.

Dalam kejadian 17 Jan lepas, Nor Al Faizan Jusoh, 47, cedera dibelasah beberapa individu selepas motosikal ditungganginya terlanggar gerai jualan di Pasar Tani Padang Astaka Chukai.

Susulan itu, enam lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 146 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

BBerkaitan

Latest articles