Polis Tahan Sanusi Jam 3 Pagi

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan sepasukan polis jam 3 pagi tadi di bilik penginapannya di sebuah hotel di ibu negara.

Sebelum penahanan itu, Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berada di ibu negara bagi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PN di Publika sebelum pulang ke hotel kira-kira jam 11.40 malam.

Beliau ditahan di bawah Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan, dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dipercayai bagi menghadapi pendakwaan di Mahkamah Selayang pagi ini.

Berita penahanan Sanusi dikongsi di laman TikTok.

Semalam Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menganggap kenyataan Muhammad Sanusi dalam satu ceramah sebagai menghina instiusi diraja.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin beranggapan kenyataan Muhammad Sanusi juga mempertikaikan kewibawaan baginda memilih menteri besar.

BBerkaitan

Latest articles