Polis Tahan Ibu Bapa Zayn Rayyan, Mohon Perintah Reman Hari Ini

KUALA LUMPUR: Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh dalam di Damansara Damai, tahun lalu ditahan polis semalam.

Difahamkan dua individu itu ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira pukul 11 pagi.

Maklumat lengkap mengenai penahanan itu belum diperoleh.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi telah mengesahkan berkaitan tangkapan.

Lelaki dan wanita terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

Pasangan suami isteri itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman hari ini.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

BBerkaitan

Latest articles