Polis Siasat Pengibaran Bendera Israel Dalam Program Solidariti Gaza Di Kelantan

KOTA BHARU: Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tindakan mengibarkan bendera Israel ketika “Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza” yang berlangsung di Lembah Sireh pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhd Yusoff Mamat berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 yang melibatkan kesalahan mempamerkan lambang atau bendera negara asing tanpa kebenaran.

“Polis akan memanggil penganjur dalam masa terdekat bagi mengambil keterangan lanjut,” katanya.

Insiden itu berlaku semasa satu aksi lakonan semula penahanan bot yang dialami sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dalam perjalanan ke Gaza, di mana sebuah bot dilihat memasang beberapa bendera Israel.

Program anjuran Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia itu disertai hampir 10,000 peserta yang menaiki bot masing-masing dan berarak dari Kampung Pulau Pisang ke Lembah Sireh sejauh 8 kilometer sebagai simbol solidariti terhadap rakyat Palestin.

BBerkaitan

Latest articles