Polis sedang menyiasat satu kes membabitkan rakaman video yang tular di media sosial berkenaan perbuatan tidak senonoh dua pelajar sekolah yang melakukan seks oral dengan berpakaian sekolah.
Dipercayai rakaman itu dilakukan di sebuah rumah.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim, berkata satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian itu, semalam.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi 22 September lalu di mana perempuan berusia 13 tahun terbabit disyaki mengajak teman lelakinya berumur 17 tahun yang juga pelajar sekolah, masuk ke rumah dan membuat satu rakaman klip video berdurasi satu minit sembilan saat yang memaparkan mereka melakukan seks oral ketika berpakaian seragam sekolah.
“Rakaman itu dipercayai dibuat kedua-dua pelajar berkenaan tanpa membabitkan orang ketiga,” katanya dalam satu kenyataan.
Hasil siasatan juga mendapati pelajar perempuan berkenaan turut berkongsi video berkenaan kepada rakan-rakan kelasnya menerusi aplikasi Whatsapp.
“Klip video berkenaan kemudian tular melalui media sosial dan dalam kalangan pelajar sekolah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 serta Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” katanya.
Susulan itu, beliau berkata, seorang lelaki ditahan semalam kira-kira jam 11.30 malam untuk membantu siasatan kes berkenaan.
“Pihak polis sekali gus menasihati orang ramai supaya tidak memiliki, menyebar atau berkongsi klip video berkenaan.
“Ini kerana tindakan itu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 8 AKKSTKK 2017 di mana jika terdapat dan terbukti berlaku penyebaran, mereka boleh disiasat serta dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang tiga sebatan,” katanya.