Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Januari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya akan melakukan siasatan secara terperinci mengenai dakwaan itu sama ada terdapat kecuaian anggota pasukan keselamatan tersebut ketika bertugas.

“Dua anggota yang bertugas ketika kejadian itu berlaku telah digantung kerja serta-merta sementara siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai remaja perempuan itu.

Pendedahan itu dibuat oleh Senator Alan Ling Sie Kiong menerusi hantaran di akaun Facebook milik beliau semalam, mendedahkan bahawa satu laporan telah dibuat oleh seorang remaja perempuan di Balai Polis Pusat Miri yang mendakwa dirinya dirogol oleh tahanan lain semasa berada di dalam lokap di balai tersebut. –

BBerkaitan

Latest articles