Polis siasat Dakwaan Kedi Wanita Dicabul Dua Pegawai Kanan Tentera

KUALA LUMPUR: Seorang kedi wanita mendakwa dicabul dua pegawai kanan tentera di sebuah kelab golf di Alor Gajah, Melaka, pada 5 Okt lalu.

Menurut Ketua Polis Melaka, Zainol Samah, pihaknya kemudian bertindak atas laporan mangsa berusia 21 tahun itu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Katanya, dua individu berkenaan berusia 51 dan 52 tahun yang berkhidmat di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Polis turut menerima dua lagi laporan masing-masing dibuat salah seorang suspek yang menafikan kejadian itu, dan satu laporan lagi dibuat oleh rakan sekerja mangsa, perempuan berusia 35 tahun.

“Dia menyatakan tidak melihat kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis masih masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu.

BBerkaitan

Latest articles