Batal Darurat: Polis Siasat Anwar

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung 13 laporan polis yang dibuat terhadapnya di seluruh negara.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang didakwa menghasut serta mengancam keselamatan dan ketenteraman negara selepas Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Proklamasi Darurat untuk dilaksanakan di Malaysia dalam usaha mengekang pandemik COVID-19.

Hamzah berkata, selain Anwar, turut disiasat adalah beberapa individu lain yang dilaporkan menentang darurat Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membatalkannya.

“Bukan hanya Anwar seorang, malah beberapa orang lagi kita siasat,” katanya pada sidang media di kementeriannya, hari ini.

Sejak darurat dilaksanakan, Anwar mencadangkan agar semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan baginda agar membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

BBerkaitan

Latest articles