More

    Polis Selangor Sahkan Kejadian di Pasar Bukit Sentosa, Mohon Orang Ramai Serah Kepada Polis Untuk Siasat Kes

    Polis Selangor hari ini mengesahkan kejadian sebuah kenderaan pacuan 4 roda telah melanggar gerai penjaja serta orang awam di tapak penjaja Pekan Bukit Sentosa seperti yang tular di Media sosial hari ini

    Di dalam satu Kenyataan, Ketua Polis Selangor Komisioner Polis Dato’ Noor Azam Jamaluddin berkata video berdurasi selama 1 minit 8 saat dan satu lagi video sama berdurasi 44 saat menunjukkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda telah melanggar gerai penjaja serta orang awam di tapak penjaja Pekan Bukit Sentosa

    Ekoran daripada kejadian tersebut, pihak polis telah menahan 1 Lelaki Cina warganegara tempatan di Balai Polis Bukit Sentosa. Suspek bekerja sebagai seorang pemborong tayar dan berumur 32 tahun.


    Antara video yang tular di Media Sosial

    Semakan rekod jenayah mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau. Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati suspek dipercayai dalam keadaan mabuk semasa kejadian dan telah melanggar gerai serta pengunjung yang berada ditempat kejadian.

    Baca : UNDANG-UNDANG BERKAITAN PEMANDU MABUK AKAN DIKAJI SEMULA – HAMZAH ZAINUDDIN

    Setakat ini, seramai 5 orang awam disahkan mengalami kecederaan akibat daripada kejadian tersebut . Mangsa terdiri daripada 4 Lelaki Melayu dan 1 perempuan Melayu . Kesemua mangsa mengalami luka-luka ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar. Dalam kejadian ini , dua buah M/Kar, dua buah M/sikal dan dua buah khemah penjaja telah dilaporkan rosak katanya lagi.

    Kes telah disiasat dibawah Seksyen 307 KK / Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 42 (1) APJ 1987. Permohonan reman ke atas suspek akan di buat pada 23.05.2020. Pihak Polis meminta mana-mana saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil kehadapan bagi membantu siasatan kes ini.

    sebanyak 5 laporan Polis telah diterima pihaknya dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian negatif ke atas peristiwa tersebut dan meletakkan sepenuh keyakinan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara terperinci katanya lagi

    Kenyataan Media PDRM

     

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini