Polis Sedang Kenal Pasti Identiti Baki Mangsa Tanah Runtuh

HULU SELANGOR: Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah memberitahu pihaknya sedang mengenal pasti identiti sebahagian mangsa yang masih hilang dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya.

Malah sehingga ke hari ini, polis baru menerima dua laporan daripada waris mangsa yang masih hilang.

“Dua laporan polis berkenaan kita sudah membuat semakan dengan teliti. Buat masa sekarang, anggaran mangsa yang hilang masih seramai sembilan orang.

“Jumlah berkenaan kita peroleh daripada pengurus tapak perkhemahan dan kita masih dalam proses memperincikan lagi maklumat terbabit,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Suffian berkata, polis bagaimanapun tidak dapat mendedahkan secara terperinci butiran mangsa berkenaan susulan siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau menggesa individu yang kehilangan ahli keluarga supaya membuat laporan di balai polis berhampiran supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Setakat ini 24 mayat mangsa sudah dikeluarkan pada hari pertama dan kedua operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

BBerkaitan

Latest articles