KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai sekumpulan individu sedang berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 10.05 pagi.
“Kes terbabit sudah dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular rakaman di aplikasi Tik Tok, verdura si 23 saat memaparkan sekumpulan individu berpakaian serba putih sedang berzikir dalam keadaan pelik di Tanah Perkuburan Danau Kota, Setapak.
Video tersebut telah mendapat tontonan lebih 700,000.
Situasi itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang gusar dengan penyebaran ajaran sesat yang berlaku di kawasan tersebut.