Polis Sahkan Pemindahan Kuil Di Rawang Lancar, Ingatkan Tidak Bangkit Isu 3R

RAWANG: Proses pemindahan empat patung berhala di Kuil Sri Uchimalai Muniswarman, Rawang Perdana berakhir tanpa sebarang insiden awal pagi tadi selepas operasi bermula jam 9.30 malam Selasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kerja pemindahan yang dijalankan 10 penganut bersama wakil pengurusan kuil selesai sepenuhnya pada jam 4.12 pagi.

Pemilik tanah kemudian memulakan kerja pembersihan tapak sejurus proses itu tamat.

Menurut beliau, keadaan sepanjang operasi terkawal dan dipantau polis, tanpa sebarang provokasi atau kejadian tidak diingini daripada mana-mana pihak.

Dalam masa sama, beliau menegaskan sebarang pertikaian perlu diselesaikan mengikut saluran undang-undang dan bukan melalui tindakan sendiri yang boleh menjejaskan keharmonian kaum serta agama.

Polis turut memberi amaran keras terhadap penyebaran kandungan berunsur 3R di media sosial yang berpotensi mencetuskan kegusaran awam.

BBerkaitan

Latest articles