Polis Sahkan Mayat Dalam Bagasi Adalah Warga Asing

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat lelaki yang disumbat di dalam bagasi dan dijumpai berhampiran kawasan perumahan di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussien Onn, Kajang semalam, merupakan milik warga asing.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Yusof berkata, bedah siasat telah dijalankan sekitar jam 11 pagi tadi oleh pakar patologi Hospital Serdang.

“Hasil bedah siasat mendapati, mayat yang berusia lingkungan 20-an itu memiliki ketinggian 155 sentimeter dan tiada kecederaan lain ke atas mayat terbabit kecuali patah di bahagian hidung.

“Mayat ini juga berada dalam keadaan lengkap anggota badan dengan memakai baju dan seluar pendek berwarna hijau serta cincin silver (perak) di jari kanan.

“Mangsa dipercayai warga asing kerana tiada kesan suntikan BCG pada badannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimana punca kematian masih belum dimuktamadkan dan masih dalam pending aboratory analisis.

Menurut Naazron, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis meminta mana-mana ahli masyarakat kehilangan ahli keluarga untuk tampil membuat pengecaman mayat di Hospital Serdang dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP R.Umesh di talian 012-6114900,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles