Polis Sahkan Aktiviti Seksual Empat Remaja, Pelajar Perempuan 15 Tahun Berlaku Sejak Mei

BALING: Polis mengesahkan suspek dan mangsa dalam kes rogol berkumpulan membabitkan remaja di daerah ini telah melakukan aktiviti seksual sejak Mei hingga Ogos lalu, sebelum kegiatan itu terbongkar susulan penyebaran video lucah di media sosial pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Timbalan Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, laporan polis dibuat pada hari kejadian oleh seorang bapa berusia 53 tahun selepas guru disiplin sekolah memaklumkan mengenai video bogel anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

“Bertindak atas maklumat itu, polis menahan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar berusia 15 hingga 17 tahun kira-kira jam 9.30 malam. Enam telefon bimbit turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan awal mendapati suspek bukan sahaja memiliki dan mengedarkan bahan lucah tersebut, malah melakukan aktiviti seksual termasuk rogol bergilir-gilir di beberapa lokasi dalam kawasan sekolah.

Polis turut mengesahkan perbuatan itu berlaku secara berulang antara Mei hingga Ogos tahun ini.

“Polis telah memperoleh perintah reman selama lima hari ke atas keempat-empat suspek bagi melengkapkan siasatan,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan serta Seksyen 8 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 berhubung pengedaran pornografi kanak-kanak.

“Polis memandang serius kes jenayah seksual melibatkan remaja seperti ini dan menasihatkan ibu bapa serta penjaga agar lebih peka terhadap pergerakan dan aktiviti anak-anak,” tegasnya.

Sebelum ini, media melaporkan empat remaja termasuk tiga pelajar sekolah ditahan selepas dipercayai merogol mangsa secara bergilir sebelum berkongsi rakaman bogel mangsa secara dalam talian.

BBerkaitan

Latest articles