More

    Polis Reman Empat Lelaki Dipercayai Terlibat Pencemaran Sungai Selangor

    Empat lelaki, berusia 50 hingga 60 tahun, yang dipercayai sebagai suspek kepada pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang, ditahan reman, pada hari ini.

    Hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Nurul Mardhiah Mohamed Redza memerintahkan tangkapan itu.

    Tangkapan dilakukan antara jam 11 malam hingga 12.30 tengah malam tadi.

    Keempat-empat suspek, yang juga adik-beradik itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang pada jam 9.45 pagi tadi.

    Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan dan semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan selanjutnya.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini